,
20 Januari 2011
Minat kami pada ‘travel’ sangat tinggi. Dek kerana kekangan dari segi kewangan, kami melawat ke tempat-tempat tarikan pelancong yang kurang memerlukan kos yang tinggi. Batu Cave merupakan tempat ibadah bagi mereka yang menganut agama hindu. Kami sampai di sini dengan keinginan melihat bagaimana sebenarnya sambutan ‘Thaipusam’ bagi masyarakat ini. Ternyata ini satu antara keunikan di Malaysia. Banyak perkara diluar jangkaan yang sempat kami lihat sepanjang 3jam di sana.
Sambutan ‘Thaipusam’ hanya setahun sekali dan kepada sesiapa yang cenderung untuk mengetahui perayaan ini, datanglah ke Batu Cave dan alaminya sendiri. Peringatan kepada pelancong yang tidak suka akan ‘kesesakan’ dan lemah semangat agar tidak ke sini.

0
comments