,
Perjalanan kami selama dua jam dari Puchong ke Kuala Gandah tidak mengecewakan. Kami bukan sahaja dapat melihat haiwan ini, bahkan dapat menyentuh dan ‘bergaul’ dengan kumpulan haiwan ini. Tiket masuk adalah percuma, tetapi ‘carrying capacity’ tidak dilupakan di mana, jumlah pengunjung dibenarkan masuk dan mengikut aktiviti ditentukan melalui pelekat. Pelekat ini perlu dipamerkan sepanjang pengunjung berada di sini. Terdapat 3 pelekat (berbeza mengikut warna) dan pengunjung yang ingin menyertai aktiviti bersama gajah ditentukan mengikut warna pelekat.
Setiap gajah diberikan nama dan nama mereka adalah daripada tempat asal mereka diselamatkan. Kalau nak tengok aktiviti yang boleh dilakukan disini, mari lihat gambar-gambar di bawah.
Untuk aktiviti mandi bersama gajah, ianya bergantung kepada keadaan cuaca dan paras air. Kami agak malang kerana tidak dapat mandi bersama ‘Mawar’, ‘Pian’, ‘Kimo’, dan rakan-rakanya kerana paras air yang tinggi. Walaubagaimanpun kami berpeluang melihat aksi-aksi mereka di dalam air bersama ‘Mahut’ (penjaga) masing-masing.
Kami sarankan bagi mereka yang ingin turut serta dalam aktiviti bersama gajah agar dapat datang pada sekurang-kurangnya pukul 1.30 tengah hari. Aktiviti hanya bermula pada pukul 2 petang dan bagi yang datang seawal pagi, hanya akan diberikan pelekat berwarna merah.
0
comments




