ATTENTION!!!

This site is Unavailable within 
0800 - 1200
and
1400 - 1530

Kindly need your cooperation to continue doing your work 

Thanks and best regards 

Kuala Gandah Free Elephant Riding

Sukakan haiwan? Nak tengok gajah secara ‘life’? Pakat ramai2 ke Kuala Gandah, Pusat Konversasi Gajah Kebangsaan




Perjalanan kami selama dua jam dari Puchong ke Kuala Gandah tidak mengecewakan. Kami bukan sahaja dapat melihat haiwan ini, bahkan dapat menyentuh dan ‘bergaul’ dengan kumpulan haiwan ini. Tiket masuk adalah percuma, tetapi ‘carrying capacity’ tidak dilupakan di mana, jumlah pengunjung dibenarkan masuk dan mengikut aktiviti ditentukan melalui pelekat. Pelekat ini perlu dipamerkan sepanjang pengunjung berada di sini. Terdapat 3 pelekat (berbeza mengikut warna) dan pengunjung yang ingin menyertai aktiviti bersama gajah ditentukan mengikut warna pelekat. 



 
Setiap gajah diberikan nama dan nama mereka adalah daripada tempat asal mereka diselamatkan. Kalau nak tengok aktiviti yang boleh dilakukan disini, mari lihat gambar-gambar di bawah.

Untuk aktiviti mandi bersama gajah, ianya bergantung kepada keadaan cuaca dan paras air. Kami agak malang kerana tidak dapat mandi bersama ‘Mawar’, ‘Pian’, ‘Kimo’, dan rakan-rakanya kerana paras air yang tinggi. Walaubagaimanpun kami berpeluang melihat aksi-aksi mereka di dalam air bersama ‘Mahut’ (penjaga) masing-masing. 

 
Kami sarankan bagi mereka yang ingin turut serta dalam aktiviti bersama gajah agar dapat datang pada sekurang-kurangnya pukul 1.30 tengah hari. Aktiviti hanya bermula pada pukul 2 petang dan bagi yang datang seawal pagi, hanya akan diberikan pelekat berwarna merah. 



  







Bukit Tinggi Kota Perancis

Selalu sangat ke Shopping Complex, keluar masuk tapi tak beli apa pun. So, satu hari, kami bersetuju melancong ke Bukit Tinggi di Pahang. 


Perjalanan menaiki kereta dari KL ke Bukit Tinggi takla makan masa yang lama. Suasana di atas sepanjang perjalanan sangat sejuk. Tiket masuk dikenakan bagi setiap kepala iaitu Rm10 bagi siang hari dan percuma selepas pukul 7 malam.

 

Kami berlakon seoah-olah berada di Perancis dengan reka bentuk bangunan dan suasana di sana. Banyak posisi cantik untuk bergambar. 




Kami juga berpeluang memberi makan swan. Beli sahaja ‘pallet’ makanan swan dan ikan di kedai souvenir dengan harga RM3. 



  
Nak rasa berada di Jepun pulak? Kalau ada duit poket lebih, sewalah kimono di pondok yang disediakan dan pengunjung berpeluang ‘merasa’ pakaian tradisi Jepun ini, juga melihat cara memakai kimono yang didemonstrasikan oleh ‘staf’ di sana. 





Ahah! Sebelum balik, singgah dulu di taman arnab dengan kadar masuk RM3 satu kepala.








****info****



Istana Budaya (LAT the kampong boy sebuah muzikal)


Istana Budaya (IB), pentas bertaraf dunia. Salah satu tempat yang boleh dikunjungi di Kuala Lumpur. Biarpun berhadapan dengan kesesakan lalu lintas sepanjang perjalanan, keunikan dan pengalaman menarik menonton teater di IB dapat melupakan ‘stress’.

Untuk pertama kalinya kami menjejakkan kaki ke IB, agak kekok. Seawal pukol 6.30 kami sampai untuk teater ‘Lat the Kampung Boy’ dan kami sempat bersembahyang di suraunya. Sebelum masok pada 8.30, kami sempatla bergambar kenangan. 




Kami beli tiket yang paling murah (memandangkan baru bekerja) dan pilih kerusi di tingkat atas. Enjoy sangat dan kami berazam untuk pergi lagi dan memilih kerusi yang berbeza pula.

**** info****

info & purchasing tickets : http://www.ticket2u.biz/

how to get there:



Batu Cave (Thaipusam)

20 Januari 2011 


Minat kami pada ‘travel’ sangat tinggi. Dek kerana kekangan dari segi kewangan, kami melawat ke tempat-tempat tarikan pelancong yang kurang memerlukan kos yang tinggi. Batu Cave merupakan tempat ibadah bagi mereka yang menganut agama hindu. Kami sampai di sini dengan keinginan melihat bagaimana sebenarnya sambutan ‘Thaipusam’ bagi masyarakat ini. Ternyata ini satu antara keunikan di Malaysia. Banyak perkara diluar jangkaan yang sempat kami lihat sepanjang 3jam di sana. 



Sambutan ‘Thaipusam’ hanya setahun sekali dan kepada sesiapa yang cenderung untuk mengetahui perayaan ini, datanglah ke Batu Cave dan alaminya sendiri. Peringatan kepada pelancong yang tidak suka akan ‘kesesakan’ dan lemah semangat agar tidak ke sini.